Oleh Quang Binh Tourism Department
Jabatan Budaya, Sukan dan Pelancongan Wilayah Quang Nam
A lantern workshop in Hoi An oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Pedagang Cina dan Jepun yang datang berdagang, kemudian terus menetap di Hoi An pada abad ke-14 telah membawa masuk tanglung dan kini merupakan salah satu lambang wilayah Hoi An yang amat terkenal. Seni pembuatan tanglung tradisional di Hoi An tetap bertahan walau usianya sudah lebih 400 tahun.
Seni pembuatan tanglung tradisional di Hoi An
Di Hoi An, terdapat lebih 32 bengkel pengeluaran tanglung. Tanglung Hoi An dieksport ke banyak negara di Eropah, Asia dan Amerika dan tanglung tradisional ialah produk budaya Hoi An yang unik selain sudah menjadi warisan budaya dunia.
Drilling holes on the bamboo strips oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Proses pembuatan tanglung dibahagikan kepada dua peringkat utama: membuat bingkai buluh dan menampal lapisan fabrik.
Connecting the strips oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Buluh perlu direndam dalam air garam selama 10 hari agar tidak menjadi makanan anai-anai. Kemudian buluh dikeringkan, dibelah dan diasah menjadi bilah-bilah nipis bergantung pada saiz setiap tanglung.
Making the center frame of Hoi An lantern oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Attach the wooden finial oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Bilah-bilah itu kemudiannya dilekatkan pada 2 bulatan kayu pada di kedua-dua hujung, kemudian diikat dengan tali payung terjun. Selepas itu, tukang akan melaraskan bilah dengan tangan untuk membuat bingkai tanglung yang seimbang.
Completed lantern frames oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Lantern fabrics oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Bahan lapik tanglung lazimnya terdiri daripada kain satin atau sutera berwarna-warni, yang juga cukup kukuh untuk diregang kerana tidak mudah koyak.
Attach the fabrics cover on to the frame 2 oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Mula-mula, kain dipotong kepada kepingan, bergantung pada saiz tanglung, kemudian dilekatkan pada bingkai tanglung menggunakan gam.
Attach the fabrics cover on to the frame oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Meregang kain memerlukan tukang yang amat mahir terutamanya apabila melibatkan penjuru dan bahagian melengkung.
Attach the belt oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Selepas tanglung dilapisi kain, tukang akan menggunakan gunting untuk memotong kain lebihan dan akhirnya meletakkan kain pengikat pada tanglung.
Making decorative tassels oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Kain pengikat diperbuat daripada benang sutera tiruan yang dilekatkan pada guli kayu.
A lantern workshop in Hoi An oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Keseluruhan pembuatan tanglung seawal penyediaan bilah kepada siapnya dua buah tanglung, diikuti dengan 3 proses mewarna tambahan dan hiasan mengambil masa selama 4 hari.
Tanglung bunga
Pada 15 hb setiap bulan kalendar Cina, Pesta Bulan Purnama dianjurkan di Pekan Lama Hoi An. Trafik tidak dibenarkan masuk di sepanjang Sungai Hoai pekan ini ada malam itu. Suasana pekan akan kembali tenang dan mendamaikan. Pukul 6 petang, lampu-lampu elektrik dipadamkan kerana memberi laluan untuk tanglung dinyalakan.
Selling flower lanterns in Hoi An oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Penduduk tempatan akan membakar setanggi pada meja perjamuan nenek moyang dan berdoa untuk tuah, sementara para pengunjung berdoa untuk keamanan dengan meletakkan tanglung bunga di sungai. Mereka juga dapat menikmati keindahan yang menyelubungi Sungai Hoai dan kegiatan seni tradisional ini.
Selling flower lanterns in Hoi An 2 oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Pengunjung yang datang ke Hoi An pada Pesta Bulan Purnama akan mendapati diri mereka seperti dibawa sebuah pekan pada zaman silam. Tanglung bunga atau hoa dang diperbuat daripada kertas berbentuk mangkuk kecil dengan lilin yang diletakkan di tengah-tengah. Lilin ini dinyalakan untuk memperingati nilai kerohanian dan kebudayaan rakyat Vietnam. Setiap tanglung bunga yang dilepaskan di sungai akan mengirimkan doa seseorang.
Releasing flower lantern on Hoai River oleh Tran Tuan VietQuang Binh Tourism Department
Sungai Hoai yang mengalir menerusi pekan Hoi An pada waktu malam pesta, dihiasi kerlipan ribuan tanglung bunga terapung-apung di dada sungainya pasti mencipta kenangan manis tentang sebuah pekan kecil tua.
Tertarik dengan Makanan?
Dapatkan info terbaru dengan Culture Weekly yang dipersonalisasi
Anda sudah berlangganan.
Culture Weekly pertama Anda akan tersedia minggu ini.