Alkisah, dua belas haiwan dalam zodiak Cina dipilih daripada satu perlumbaan yang bertujuan membina ukuran masa untuk rakyatnya.
Pemenangnya hanya dua belas ekor haiwan dan untuk menang, haiwan-haiwan ini perlu menyeberangi sungai yang deras airnya dan tiba di garisan penamat di daratan.
Pada asalnya, kucing dan tikus yang begitu saling membenci turut berlumba. Sukar untuk dipercayai bahawa kedua-dua haiwan ini pernah bersahabat. Kucing dan tikus ialah haiwan paling tidak pandai berenang di alam itu tetapi kedua-duanya sama pintar.
Kucing dan tikus telah menemukan jalan terpantas untuk ke sungai adalah dengan menumpang lembu jantan. Lembu jantan yang baik bersetuju untuk membawa sang tikus dan kucing menyeberangi sungai.
Namun demikian, keghairahan tikus untuk menang membuatkan tikus menolak kucing ke dalam sungai. Lantaran itu, kucing tidak ingin memaafkan tikus dan terkeluarlah kucing daripada perlumbaan.
Dalam kisah yang lain, cerita yang terjadi adalah sebaliknya.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi tapak kaki yang kuat: rua-rupanya gerangan sang arnab.
Arnab melompat dari satu batu ke batu yang lain dengan cekap sekali sehinggalah ia tergelincir. Nasib baik, lalu sebatang balak dan arnab menyambarnya dan terapunglah arnab ke garisan penamat dengan mendapat tempat keempat.
Tempat kelima dimenangi sang naga tetapi semua makhluk menjangkakan naga di tempat pertama kerana kebolehannya terbang.
Naga memberitahu Maharaja Jed bahawa ia terpaksa berhenti beberapa kali untuk membantu penduduk kampung. Dalam perjalanannya ke garisan penamat, naga ternampak sang arnab di atas kayu balak, lalu dihembusnya angin sebagai bantuan untuk arnab sampai ke daratan.
Selepas naga, giliran kuda menamatkan perlumbaan.
Sang ular yang licik rupa-rupanya melingkar pada kaki kuda. Kemunculannya telah menakutkan kuda dan peluang ini digunakan oleh ular, lantas ular memenangi tempat keenam sementara kuda jatuh di tempat ketujuh.
Tidak lama kemudian, monyet, ayam jantan dan kambing biri-biri pun tiba.
Tidak seperti haiwan yang lain, monyet, ayam jantan dan kambing biri-biri telah bekerjasama untuk menamatkan perlumbaan.
Ayam jantan telah menemukan rakit, dan monyet serta kambing biri-biri telah menumpangnya.
Ketiga-tiga haiwan bekerja keras meredah arus sungai dan rumput rampai untuk sampai ke daratan: kambing biri-biri di tempat kelapan, diikuti monyet di tempat kesembilan dan ayam jantan tempat kesepuluh.
Ketika maharaja mahu mengisytiharkan perlumbaan tamat, kedengaran bunyi "oink", iaitu sang khinzir. Dari sinilah terbitnya gelaran "khinzir pemalas".
Khinzir menjadi lapar di tengah-tengah perlumbaan lalu berhenti untuk makan, kemudian terus tertidur. Apabila tersedar, khinzir terus menghabiskan perlumbaan untuk tempat yang kedua belas yang juga haiwan terakhir tiba.
Susunan dalam kalendar Cina diatur menurut pemenang dalam perlumbaan, bermula daripada tikus di tempat pertama dan diakhiri dengan khinzir. Selepas khinzir, pusingannya kembali kepada tikus. Kalendar Cina menjadi kalendar utama bagi rantau Asia dan zodiak haiwan di samping menjadi rujukan yang tidak asing di banyak negara di dunia.
Unknown maker